[HILANG KAD PENGENALAN DIRI]
Assalamualaikum dan salam satu dunia.
Pernakah anda mengalami situasi ini, iaitu hilang kad pengenalan diri? kak pernah kehilangan kad pengenalan semasa tingkatan 3, masa itu ambil masa juga menunggu kad pengenalan baru, almaklumlah kak duduk kampung dan jauh dari bandar.
Dua hari lepas suami kak hilang kad pengenalan diri semasa dalam perjalanan balik dari Cameron Heighland ketika menunggang motosikal. Bukan itu sahaja, dompet, dua rodtx, dua kad bank dan kad autoriti anggota keselamatan juga hilang terus.
Apa yang anda perlu lakukan jika hilang kad pengenalan diri?
Berikut kak kongsikan langkah-langkah yang anda perlu lakukan…
1) Buat laporan polis terlebih dahulu (ini sangat penting).
2) Hubungi bank yang anda dan minta jangan aktifkan akaun anda.
3) Boleh lakukan semua urusan di UTC
- Hilang kad pengenalan diri buat kali pertama denda RM110, kali ke dua RM300 dan kali ke tiga RM1000. Suami akak kena bayar RM110 sahaja.
- Hilang kad atm CIMB RM20 dan kad atm BSN RM10
- Rodtax untuk dua motor RM40
- Hilang buku bank tabung haji (free cuma tunjukkan IC sahaja)
4) Semua urusan siap dalam masa sehari sahaja, namun begitu, dahulukan IC kerana tanpa IC urusan yang lain akan tergendala.
5) Anda cuma sediakan wang denda bagi mendapatkan ic anda semula.
P/S : Jika anda hilang kad pengenalan diri bolehlah ikut langkah di atas. Semoga entri ini membantu pembaca di luar sana..
Sebelum terlupa kak juga pengedar shaklee :
Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Noor hayati Adam
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 948395]
♡♡ Contact No : 0199768284
♡♡ Email : vitaminsno1.gnor@gmail.com
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia