Assalamualaikum..
Salam sayang kepada semua pembaca..
Ramadhan ke 11, cuaca yang baik dan cerah.. syukur alhamdulillah. Sementara menunggu waktu solat Zohor sebentar tadi, akak mencari bahan di youtube untuk entri testimoni pengguna Shaklee. lain yang dicari lain yang kak yati jumpa. Ianya amat berguna.
Strategi media sosial dari Irfan Khairi mengupas tentang menggunakan blog secara percuma dan menggunakan blog secara berbayar. Bagi anda yang baru lagi dalam dunia blog, anda kena tahu apa tujuan atau matlamat anda mewujudkan blog anda. Anda juga boleh kongsikan hobi, kerjaya atau pengalaman anda.
Namun begitu persaingan amat sengit dalam penulisan blog. tetapi jika kita mahukan keuntungan jangka masa panjang, kita boleh menulis sesuatu yang lahir dari hati kita.
Sebenarnya, akak baru tahu perbezaan blogger dan wordpress. saya amat bersyukur kerana menjumpai video youtube dari seorang Jutawan Internat di Malaysia. Beliau banyak berkongsi tentang strategi media sosial, buat duit dengan blog.
Berpegang kepada prinsip Kak Yatiadam, “Sesuatu yang hebat perlu dikongsi” anda boleh melihat sendiri rakaman video dibawah untuk lebih memahami strategi media sosial dalam perniagaan.
Secara jujur akak pun orang baru dalam dunia blog tetapi akak sanggup mencuba sesuatu yang baru dan belajar pelbagai ilmu untuk dikongsikan kepada pembaca. Sebelum akak terlupa, blog akak ini sebenarnya diwujudkan unyuk berkongsi tentang produk kesihatan SHAKLEE.