Yati Adam

Sesuatu yang hebat perlu dikongsi

  • HOME
  • Kenali YatiAdam
  • CANTIK DAN SIHAT
  • INFO BLOG
  • PRODUK
  • TESTIMONI
  • PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN ANDA
  • PESANAN DAN PEMBAYARAN
  • SENARAI HARGA PRODUK
  • Senangnya Membeli Shaklee

Archives for September 2014

CABARAN 30 HARI| DAY 30 |PERKARA MENARIK YANG ANDA BERBANGGA TAHUN INI.

September 30, 2014 By yatiadam 16 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 30 |PERKARA MENARIK YANG ANDA BERBANGGA TAHUN INI]

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA].

Pastinya kita masing-masing mempunyai impian setiap tahun. Impain itu sememangnya satu semangat untuk kita lebih berjaya dalam hidup. Malam ini YA kongsikan perkara menarik yang anda berbangga tahun ini bagi diri YA.

1. Berjaya bertukar dari blogsport ke wordpress.

Walaupun YA baru setahun dalam dunia bloger, namun YA akhirnya berjaya beralih kepada wordpress yang menjadikan blog YA sendiri dan ianya umpama rumah baru akak. Banyak benda baru yang YA pelajari. Selain itu YA juga banyak belajar daripada beberapa orang bloger yang banyak ilmu seperti Hasrul, Akmaomar, Faridlaham dan Farisyah.

DUNIA BLOGGER

DUNIA BLOGGER

2. Berjaya menjadi sponser kepada beberapa Give away.

3. Belajar SEO blog melalui teknik SEO Merah Jambu.

YA tidak terfikir untuk menaikkan rangking blog sebelum ini. Almaklumlah YA budak baru belajar. Namun atas nasihat pakar dalam blog YA mula menulis dari hati dan berkongsi sesuatu yang hebat kepada semua pembaca.

4. Blogwalking 100 blog setiap hari.

Oleh kerana kak YA bekerja disiang hari, jadi semasa hujung minggu YA usahakan untuk melawat 100 blog dalam masa sehari. YA bahagikan 100 blog kepada 24 jam. Maknanya YA perlu melawat 4 blog dalam masa sejam. Walau bagaimanapun YA jika mahu tidur dalam 5 jam, YA akan melawat 20 blog sebelum tidur.

5. YA dapat menjadi mamber kepada beberapa group blog.

Antara group blog tersebut termasuklah Kelab Blogger, Maha Blogger, Geng Blogger Malaysia, Santai Blogger dan Sahabat Bolgger.

6. Pengguna dan pengedar tegar vitamin Shaklee.

Semakin ramai yang mengenali blog YA sebagai pengedar tegar Shaklee. Ramai yang mengakui kebaikan dan keberkesanan vitamin ini. Semua pelanggan YA juga datang dari blog. Syukur alhamdulillah.

PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN ANDA

PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN ANDA

Sekian perkara menarik yang anda berbangga tahun ini bagi YA. Syukur akhirnya selesai cabaran 30 hari malam ini.

P/S : Jika anda pentingkan kesihatan dan sedang memakan vitamin Shaklee, kongsikan kebaikan vitamin ini kepada semua family dan rakan-rakan anda.

Filed Under: INFO BLOG Tagged With: cabaran 30 hari, pengedar sah shaklee kawasan anda, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, PENGGUNA DAN PENGEDAR TEGAR SHAKLEE, perkara menarik yang anda berbangga tahun ini

CABARAN 30 HARI| DAY 29 |BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA UNTUK ANDA.

September 29, 2014 By yatiadam 4 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 29 |BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA UNTUK ANDA].

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA].

Hari ini YA akan berkongsi tentang bunga kegemaran dan ertinya untuk anda.

Pernakah anda mendapat hadiah bunga kegemaran dari kekasih atau suami anda? Semestinya setiap wanita mempunyai bunga kegemaran dan ertinya untuk anda. 

BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA UNTUK ANDA

BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA UNTUK ANDA

Pink: Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati.

Sekian..bunga kegemaran dan ertinya untuk anda dari YA.

P/S : Betul ke ni? sekadar perkongsian..

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: bunga kegemaran dan ertinya untuk anda, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, PENGGUNA DAN PENGEDAR TEGAR SHAKLEE

CABARAN 30 HARI| DAY 28 |5 PERKARA BERMULA DENGAN “ANDAINYA”.

September 28, 2014 By yatiadam 2 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 28 |5 PERKARA BERMULA DENGAN “ANDAINYA”] Setiap manusia mempunyai keinginan dalam hidup, mempunyai cita-cita dan angan-angan.

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA]

Hari ini YA ingin kongsikan 5 perkara bermula dengan “andainya”.

1. Andainya aku anak seorang jutawan…

Aku tidak akan merasa hidup di kampung, berlapar dan mengikat perut di sekolah. Pakaian yang kemas dan cantik, mempunyai orang gaji, pemandu peribadi dan selalu memakan makanan yang sedap-sedap.

2. Andainya aku bujang terlajak.

Aku akan hidup sunyi tanpa pasangan dan anak-anak disisiku. Aku akan mencari jodohku sehingga berjumpa di Mekkah.

3. Andainya aku seorang blogger hebat

Aku akan mencurahkan ilmu kepada semua blogger yang memerlukan khidmatku.

4. Andainya aku seorang jutawan.

Aku berazam untuk menjadi seorang yang dermawan, boleh membantu semua rakyat Gaza yang kehilangan keluarga. Mengupah perisik untuk membongkar kehilangan MH370.

5. Andainya aku seorang pemimpin.

Aku akan menjadikan kerajaan kita seperti empayar Uthmaniyah. Pimpinan berlandaskan al-quran dan sunnah.

sekian sahaja 5 perkara bermula dengan “andainya”.

Namun begitu, aku hanya insan biasa yan punya cita-cita menjadi seorang yang luar biasa. Aku hanya seorang pengguna tegar dan pengedar vitamin shaklee yang sedang berusaha menjadi Jutawan dermawan.

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

P/S: Dapatkan vitamin kesihatan anda. Vitamin no 1 di dunia, dan no 1 di Malaysia.

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: CABARAN 30 HARI| DAY 28 |5 PERKARA BERMULA DENGAN "ANDAINYA"., PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK

CABARAN 30 HARI| DAY 27 |MOOD ANDA HARI INI.

September 27, 2014 By yatiadam Leave a Comment

[CABARAN 30 HARI| DAY 27 |MOOD ANDA HARI INI]. Setiap hari kita akan berdepan dengan pelbagai perkara dalam hidup kita. Panjangkan kesyukuran kepada maha pencipta agar hidup kita sentiasa bahagiah.

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA].

Bagaimana dengan mood anda hari ini? YA dalam mood yang baik, gembira dan bahagiah hari ini. Hidup ini hanya sekali kan? YA tidak mahu membazir masa memikirkan benda yang sedih, negatif dan merugikan diri sendiri.

SENTIASA BERFIKIR SECARA POSITIF

SENTIASA BERFIKIR SECARA POSITIF

Betul apa yang dikata, apa yang kita fikir itu yang akan berlaku. Kehidupan yang bahagiah sebenarnya bermula dari cara kita berfikir, jika kita fikir yang baik-baik, Allah swt akan datangkan semua perkara yang baik dalam hidup kita. Namun begitu, sebagai manusia kita perlu berusaha menjadikan hidup kita yang terbaik.

Bagi YA, mood anda hari ini boleh menentukan kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan anda untuk hari esok, lusa, tulad dan hari-hari berikutnya. Tapi perkara biasa bagi wanita bila menghadapi mood yang tidak baik terutamanya bila datang bulan, mahu bersalin, sedang dalam berpantang dan kesesakan lalu lintas.

Bagi membantu anda mendapatkan mood yang baik sepanjang hari, YA ingin kongsikan vitamin yang sangat baik untuk menjaga mood anda. Vitamin B complex dari Shaklee sangat baik untuk mood yang sering berfikiran negatif, rasa kurang keyakinan diri, rasa takut dan sentiasa tertekan ketika bekerja.

ANTI STRESS

ANTI STRESS

ANTI STRESS

ANTI STRESS

P/S : Blogger sering mengalami stress kerana mahu menyiapkan entri dalam blog. apa kata anda cuba B complex Shaklee? anda boleh menghubungi YA nutuk meklumat selanjutnya. Sms/whatsapp : 0133972486

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: CABARAN 30 HARI| DAY 27 |MOOD ANDA HARI INI, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, vitamin anti stress

CABARAN 30 HARI| DAY 26 |GAJET KEPUNYAAN ANDA.

September 26, 2014 By yatiadam 2 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 26 |GAJET KEPUNYAAN ANDA] Rata-rata semua pembaca entri YA mempunyai gajet sendiri kan?

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA].

Hari ini YA akan kongsikan kisah gajet kepunyaan anda. siapakan anda yang YA maksudkan? tetulah kak Yatiadam sendiri.

GAJET KEPUNYAAN ANDA

GAJET KEPUNYAAN ANDA

Sebenarnya lap top di atas kepunyaan suami YA tapi dia lebih gemar menggunakan telefonnya, maka secara rasminya ia bertukar milik setahun yang lalu apabila YA melanjutkan pelajaran di OUM. Ia sangat berguna apabila YA menyiapkan tugasan dan membuat iklan dalam blog. Walaupun harganya tidak mahal namun YA sangat sayangkannya kerana ia banyak berjasa kepada YA. Syukurlah suami YA tidak menjaulkan kepada kawannya, nilah gajet YA yang sangat berguna.

GAJET KEPUNYAAN ANDA

GAJET KEPUNYAAN ANDA

YA hanya memakai Samsung ni apabila suami hadiakan sempena hari lahir YA. Jika tidak YA tetap memakai heandphone cap ayam Nokia 3310. YA tidak perlukan hp yang mahal-mahal cukup boleh menghantar sms dan mendail nombor hp orang lain. Nampaknya semangat orang kampung masi ada dalam diri YA.

Begitulah kisah gajet kepunyaan YA. bagaimana pula dengan gajet kepunyaan anda? mesti semua yang mahal-mahal dan terkini kan?

Jika anda pentingkan kesihatan, YA seorang pengguna dan pengedar tegar vitamin shaklee. Hubungi YA untuk mendapatkan nasihat kesihatan anda.

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

P/S : Kerja bagai nak rak..gaji besar..duit banyak tapi sebotol vitamin kesihatan pun berkira sangat nak beli..

Filed Under: Uncategorized Tagged With: CABARAN 30 HARI| DAY 26 |GAJET KEPUNYAAN ANDA., PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, pengedar tegar vitamin shaklee, PENGGUNA DAN PENGEDAR TEGAR SHAKLEE

CABARAN 30 HARI| DAY 25 |BERITA TERKINI HARI INI YANG ANDA BACA.

September 25, 2014 By yatiadam 2 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 25 |BERITA TERKINI HARI INI YANG ANDA BACA] Adakan anda seorang yang suka membaca berita? Zaman ini maklumat semua di hujung jari, semua berita melalui internat sahaja.

Assalamualaikum  dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA].

Apa berita terkini hari ini yang anda baca? Biasanya YA jarang melihat surat khabar dan mendengar berita cuma jika perlu YA akan google atau cek di bloger otai dan blog yang bermanfaat sahaja.

Semasa menulis entri ini, air mata aku berlinangan..kesian dengan nasib anak kecil yang tidak berdosa ini.

KES BUANG BAYI DALAM TANDAS

KES BUANG BAYI DALAM TANDAS

KES BUANG BAYI DALAM TANDAS

KES BUANG BAYI DALAM TANDAS

Bayi yang tidak berdosa ini dijumpai dalam keadaan yang sangat menyedihkan dalam tandas di sebuah kolej di Kuala Lumpur. rasa nak gila YA bila baca berita ni. hu hu hu di manakah nilai rasa kasihan seorang manusia? sedangkan binatang pun sayangkan anaknya.

Inilah berita terkini yang saya baca hari ini. Mungkin berita ini sudah agak lewat beberapa hari tetapi ia nya sangat menyentuh hati YA. Ada ramai golongan yang mahukan anak di luar sana yang sudah berkahwin selama bertahun-tahun namun belun dikurniakan cahaya mata. Ada baiknya si pelaku memberikan anak ini kepada pusat jabatan kebajikan masyarakat, rumah anak yatim atau suami isteri yang inginkan anak angkat. Supaya nasibnya lebih terbela.

Jika anda mengalami masalah kesuburan YA sangat suka membantu anda dengan mencadangkan vitamin Shaklee yang sesuai untuk anda. Berikut merupakan vitamin kesuburan shaklee.

SET KESUBURAN LELAKI

SET KESUBURAN LELAKI

TESTIMONI GLA

TESTIMONI GLA

HEBATNYA GLA SHAKLEE

HEBATNYA GLA SHAKLEE

P/S : Wang mampu dicari namun kesihatan anda yang baik tiada nilai yang dapat menggantikannya. Jika anda tidak sayangkan diri sendiri sms/whatsapp : 0133972486 YA untuk mendapatkan nasihat kesihatan percuma.

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: CABARAN 30 HARI| DAY 25 |BERITA TERKINI HARI INI YANG ANDA BACA, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, SET VITAMIN KESUBURAN SUAMI DAN ISTERI, vitamin kesuburan

CABARAN 30 HARI| DAY 24 |RUMAH IMPIAN ANDA.

September 24, 2014 By yatiadam 12 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 24 |RUMAH IMPIAN ANDA] Rumah kampung, rumah bandar, rumah papan atau rumah batu semuanya sama sahaja bagi aku yang penting ianya selamat dan selesa.

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA].

Sebelum berkongsikan rumah impian YA, bagaimana dengan rumah impian anda? Berikut mereupakan rumah impian YA.

RUMAH IMPIAN AKU

RUMAH IMPIAN AKU

 

RUMAH IMPIAN AKU

RUMAH IMPIAN AKU

Dua gambar di atas merupakan rumah impian aku. Namun begitu aku juga inginkan kawansan rumah yang luas seperti gambar di bawah.  Kawasan rumah yang luas menjadi idaman aku supaya anak-akan boleh bermain dan senang untuk menjalankan aktiviti bersama keluarga aku. Kenduri kahwin contohnya, keluarga dan orang kampung boleh berkampung untuk memasak bersama. Muda-mudahan ianya menjadi kenyaaan satu hari nanti.

KAWASAN RUMAH YANG LUAS

KAWASAN RUMAH YANG LUAS

Bagi memenuhi impian aku ini, aku sedang berusaha menjalankan bisnes Shaklee kerana aku memang pengguna dan pengedar tegar vitamin Shaklee. Aku sudah mempunyai organisasi sendiri dalam bisnes ini dan aku sangat sayangkan semua rakan-rakan bisnes aku. Aku bukan sahaja dapat membantu mereka hidup sihat tetapi mereka juga merasa gaji sendiri dengan shaklee.

Jika anda seorang yang mahu hidup sihat dan mahu menambah pendapatan suami, hubungi aku untuk mendapatkan tips kejayaan organisasi kami. Hidu ini sememangnya satu pilihan, jika anda sedang bersedih dengan nasib hidup anda, ketahuilah bahawa ada orang yang lebih sukar hidupnya berbanding anda.

ANTI STRESS

ANTI STRESS

BAKAR LEMAK TEPU DALAM BADAN

BAKAR LEMAK TEPU DALAM BADAN

Kedua-dua vitamin di atas sangat baik untuk kepala anda yang selalu pening, stress seingga urat bahu terasa keras dan kebas. Terutamanya mereka bekerja di pejabat dan menghadap komputer berjam-jam. Begitu juga dengan blogger yang sering tidur lewat malam kerana menulis entri dalam blog. Apa tunggu lagi? hubungi YA untuk keterangan lanjut.

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

 

P/S: Manusia ni kadang-kadang terlalu mahu mencari wang sehingga lupa menjaga kesihatan sendiri. Kesihatan anda hari ini menentukan anda 10 tahun yang akan datang. Sms/whatsapp : 0133972486

 

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: CABARAN 30 HARI| DAY 24 |RUMAH IMPIAN ANDA., hilangkan sakit kepala dengancepat, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, PENGGUNA DAN PENGEDAR TEGAR SHAKLEE, Pengguna tegar vitamin shakklee, tips orang pelupa, tips untuki elakkan stress, VITAMIN KURUS DAN SIHAT

CABARAN 30 HARI| DAY 23 |PEKERJAAN YANG ANDA INGINKAN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG.

September 23, 2014 By yatiadam Leave a Comment

[CABARAN 30 HARI| DAY 23 |PEKERJAAN YANG ANDA INGINKAN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG] Adakah anda seorang pekerja yang rajin? menepati masa? dan sering menuruti kehendak bos anda?

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca entri Yatiadam [YA].

Rasanya semua pembaca mempunyai pekerjaan tidak kira bekerja makan gaji atau pun bekerja sendiri. apa yang penting pendapatan kita datangnya dari sumber yang halal. Pernakah anda berangan-angan mempunyai pekerjaan yang lain selain kerja anda sekarang? Apakah pekerjaan yang anda inginkan selain kerja anda sekarang?

Kesusahan hidup aku dulu mengajar aku erti hidup yang sebenar. Aku anak ke 6 daripada 10 orang adik-beradik. Apabila menjelang hari raya, aku tidak pernah merasai nikmatnya mempunyai baju raya yang baru. Walaupun kini aku boleh berbelanja dengan gaji seorang cikgu namun aku tetap memikirkan masa depan anak-anak aku. Hidup sederhana menjadi pilihan aku, Keutamaan keperluan keluarga di kampung menjadi tugasku setiap bulan.

Siapa yang tidak mahu kaya? mempunyai duit yang banayk? hidup selesa dan berbelanja tanpa risaukan tentang wang. Wang bukanlah segalanya tapi tanpa wang hidup kita akan menjadi lebuh sukar. Inilah yang mendorong aku mendaftar menjadi pengguna dan pengedar tegar Vitamin shaklee.

KEBAIKAN VITAMIN SHAKLEE

SENARAI VITAMIN SHAKLEE

Aku mahu bekerja di rumah sahaja, menjaga anak-anakku, keperluan suamiku dan menjalankan bisnes Shaklee. Aku mahu kongsikan lebih banyak kebaikan shaklee kepada semua pembaca di luar sana. Aku percaya pada perkongsian kesihatan yang lahir dari hati lebih baik daripada menipu pembeli semata-mata.  Pekerjaan yang anda inginkan selain kerja anda sekarang, aku sudakn sahaja angan-anganku ini. Bagaimana dengan anda?

Jika anda sayangkan diri anda, aku sangat berminat menjadi perunding vitamin anda.

 

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

 

P/S : Hidup ini satu pilihan. Jika anda memilih untuk hidup lebih sihat kak YA boleh membantu anda.

Sms/whatsapp :0133972486

 

 

 

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, PENGGUNA DAN PENGEDAR TEGAR SHAKLEE

CABARAN 30 HARI| DAY 22 |DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN.

September 22, 2014 By yatiadam 4 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 22 |DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN] Bercerita perihal destinasi percutian impian, seringkali ianya akan tercapai selepas berkahwin dan ingin pergi berbulan madu. Namun begitu, ada juga percutian yang dirancang bersama rakan sekerja.

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembeca entri Yatiadam [YA].

Pernakah anda berangan destinasi percutian impian anda bersapa pasangan dan keluarga tersayang? Video ini menerangkan distinasi percutian impian YA.

Antara gambar destinasi percutian impian YA.

PULAU JEJU KOREA

PULAU JEJU KOREA

PULAU JEJU KOREA

PULAU JEJU KOREA

Aku memang teringan sangat mahu pergi bercuti tau, cemburu bila nampak kawan-kawan aku sekeluarga pergi bercuti. Selalunya bila tiba musim sekolah masing-masing kawan aku bertanya mahu pergi bercuti di mana. Aku diam je la.. kadang-kadang aku jawab mahu bercuti di ladang bapa aku.. aku mahu menanam padi, menebas rumput, memanjat pokok kelapa, mencari kayu api dan mandi sungai.

Dulu dalam fikiran aku jika mahu bercuti, kena duduk di tepi pantai, tidur di hotel, makanan mewah dan semua benda jadi free untuk kita. Hu hu hu.. rupanya jika hendak bercuti kita kena berbelanja banyak.. jimat la aku bercuti di ladang bapa aku dulu. Dapat makan free buah-buahan seperti betik, pisang, kelapa dan durian belanda. Bila aku penat bermain dengan adik aku, aku tidur di sulap (pondok dibuat dari bambu).

20 tahun berlalu, aku masi orang yang sama, hidup sederhana seperti orang kampung. Makan tidak berkira, kuat menyimpan dan berjimat untuk masa depan anak-anak aku. Tapi untuk menghantar anak-anak belajar aku sangup berhabis RM asalkan mereka rajin menuntut ilmu.

Biarlah destinasi percutian impian kak YA hanya menjadi impian dan angan-anganku. Doakau semoga semua impian kita yg baik-baik akan tercapai.

Seperkara lagi YA pengguna dan pengedar tegar Vitamin Shaklee. Jom kita hidup dengan lebih sihat.

BAKAR LEMAK TEPU DALAM BADAN.

BAKAR LEMAK TEPU DALAM BADAN.

SET ANAK PINTAR

SET ANAK PINTAR

P/S : Hidup ini hanya sekali… jagala kesihatan sementara ada kesempatan. sms/whatsapp :0133972486

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: CABARAN 30 HARI| DAY 22 |DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SABAH, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, pengedar tegar vitamin shaklee, Pengguna tegar vitamin shakklee, VITAMIN MURAH IPOH

CABARAN 30 HARI| DAY 21 |TEMPAT YANG INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI.

September 21, 2014 By yatiadam 8 Comments

[CABARAN 30 HARI| DAY 21 |TEMPAT YANG INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI] Adakah anda suka melancong? Bermusafir di bumi Allah swt untuk melihat keindahan alam.

Assalamualaikum dan salam sayang kepada pembaca setia entri kak Yatiadam [YA].

Sebelum akak kongsikan tempat yang ingin pergi dan tak pernah pergi, elok rasanya kita bahagiakan orang-orang tersayang di sekeliling kita, terutamanya ibu dan ibu mentua kita. Bagi masa suami kita dating dengan mak dia pula.. sambil minta doakan rezeki kita dimurahkan dalam hidup.

Jika kami dimurahkan rezeki.. aku ingin membawa keluarga bercuti disini..

PULAU LANGKAWI

PULAU LANGKAWI

Cantiknya pulau ini…sangat sesuai datang bercuti bersama keluarga. Bila melihat laut dan pantai terasa damai dan sangat aman. Idea menulis juga datang tanpa dipinta bila melihat pemandangan indah seperti dalam gamabr ini. Cantik kan?

 

PERSISIRAN PANTAI

PERSISIRAN PANTAI

Inilah tempat yang YA ingin pergi dan tak pernah pergi. Aku membesar dalam suasana kampung dikelilingi hutan tebal. Aku hanya mengenal bunyi air terjun, kicawan burung dan bunyi binatnag buas. Bagi aku laut dan pantai sangat mendamaikan saujana mata memandang. Hutan tebal yang berbukit -bukau, jalan yang tidak bertar menjadi permainan aku. Kira aku ni orang gunung dan hanya makan ikan air tawar.Bila jumpa orang laut, aku sangat tertarik dengan cerita mereka berkaitan hidupan laut.

Kali ini jika berpeluang aku ingin dating dengan suami aku di tepi pantai berdua dan berbincang tentang masa depan kami. Anak-anak kami akan bawa bersama family dan aku berhasrat mencuri masa berdua dengan suamiku,, bercinta dan bercanda di tepi pantai. Berlari bersama bermain ombak, berjalan bersama sambil berpegang tangan. Wah..bestnya dating dengan suami,,ia kan halal bagi kita..jangan over sangat sudah la.. semoga hajat aku akan tercapai.. amin..amin..

Akak pengedar dan pengguna tegar Vitamin Shaklee. Jangan segan jika mahukan nasihat kesihatan secara percuma, boleh hubungi akak tau..

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

MAHUKAN KEAHLIAN FREE?

VITAMIN KURUS DAN SIHAT

VITAMIN KURUS DAN SIHAT

 

P/S : Hidup ini hanya sementara, selagi ada waktu dan kesempatan baiknya jika bahagiakan orang-orang yang menyayangi kita. Bosan dengan bentuk badan yag gempal, berisi dan gemuk? sms/whatsapp : 0133972486

Filed Under: CANTIK DAN SIHAT Tagged With: cabaran 30 hari, CABARAN 30 HARI| DAY 21 |TEMPAT YANG INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI., MAKAN VITAMIN SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU PUTERA IPOH PERAK., PENGEDAR SHAKLEE BERCHAM PERAK, PENGEDAR SHAKLEE IPOH PERAK, PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA, PENGEDAR SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN PERAK, PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, PENGGUNA DAN PENGEDAR TEGAR SHAKLEE, PULAU LAGKAWI, VITAMIN KURUS DAN SIHAT

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Find us on Google Plus

Vitamins No. 1



PROMOSI BULAN SEPTEMBER

http://imgur.com/a/D8mQU

View post on imgur.com

View post on imgur.com

SIJIL HALAL

sijil halal

Recent Posts

  • ESP SHAKLEE SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA January 5, 2021
  • 7 TIPS MEMILIH VITAMIN C TERBAIK January 2, 2021
  • READY STOK VITAMIN SET HAMIL SHAKLEE January 1, 2021
  • TIPS YOUTUBER BARU January 1, 2021
  • READY STOK VIVIX PENGEDAR AKTIF SHAKLEE ULU KINTA PERAK December 27, 2020

MAHU JADI MAMBER SHAKLEE??

View post on imgur.com

PROMOSI VITA LEA CHILDREN

View post on imgur.com

Recent Comments

  • yatiadam on ESP SHAKLEE UNTUK SIAPA
  • yatiadam on INFO TEH YANG BERKUALITI
  • yatiadam on SEMBELIT TERUK SEMASA HAMIL
  • yatiadam on SHAKLEE SELAMAT DAN SEMULAJADI
  • yatiadam on KENAPA SAYA BERPANTANG DENGAN VIVIX

Archives

  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • November 2013
  • October 2013

COMMENTS

  • yatiadam on ESP SHAKLEE UNTUK SIAPA
  • yatiadam on INFO TEH YANG BERKUALITI
  • yatiadam on SEMBELIT TERUK SEMASA HAMIL
  • yatiadam on SHAKLEE SELAMAT DAN SEMULAJADI
  • yatiadam on KENAPA SAYA BERPANTANG DENGAN VIVIX

PROMOSI KOLLAGEN SHAKLEE (HARGA RUNCIT)

View post on imgur.com

Copyright © 2014 . Yati Adam