[ TEMANI ISTERI BERSALIN]
Assalamualaikum dan salam satu dunia.
Bagaimana pengalaman anda sebagai suami ketika isteri hendak bersalin? Temani isteri bersalin dapat meningkatkan keyakinan dia untuk melahirkan zuriat anda dengan lebih berani.
Presiden Persatuan Ulamak Malaysia, Ahmad Awang berkata, kehadiran suami ketika isteri bersalin diiringi doa dan zikir secara psikologinya dapat mengurangkan kesakitan isteri ketika bersalin.
“Di dalam Islam, langkah ini digalakkan kerana suami dibenarkan berada bersama isteri ketika bersalin,”. Beliau berkata, langkah membenarkan suami berada bersama isteri ketika bersalin dapat melatih suami menjadi lebih bertanggungjawab.
Ada di antara isteri tidak mahu suaminya ada bersama ketika bersalin kerana malu. Namun demikian kehadiran suami mempunyai beberapa kebaikan untuk si isteri sewaktu bersalin.
Antara kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi semasa temani isteri bersalin :
- Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
- Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
- Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
- Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri.
- Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana jika suami takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.
Suami boleh membantu dengan cara:
– Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
– Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
– Mengelap muka isteri apabila berpeluh
– Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.
Pengalaman melihat isteri melahirkan zuriat anda dengan mata sendiri memberi kesan yang amat mendalam kepada sikap anda sebagai suami. Segala bakti yang anda curahkan padanya tidak boleh menandingi jasa isteri anda menanggung sakit sewaktu melahirkan zuriat yang anda tunggu-tunggu selama ini.
Ambillah kesempatan ini untuk mempertingkatkan kesyukuran anda kepada Allah Subhanahuwataala atas kurniaan Beliau selama ini.
Selepas dua jam bersalin, beri isteri anda vitamin shaklee yang semulajadi agar dia lebih bertenaga dan mampu memberi susu kepada anak anda. Set Berpantang Shaklee selamat dimakan oleh ibu yang besalin normal dan pembedahan juga.
Testimoni Set Berpantang Shaklee 1
Testimoni Set Berpantang Shaklee 2
Testimoni Set Berpantang Shaklee 3
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*
Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Noor hayati Adam
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 948395]
♡♡ Contact No : 019 9768284
♡♡ Email : vitaminsno1.gnor@gmail.com
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, TANJUNG RAMBUTAN, TAMAN PERPADUAN, TAMAN CEMPAKA, TAMBUN, BERCHAM, TANJUNG RAMBUTAN, BANDAR BARU PUTRA, IPOH DAN SELURUH PERAK.
P/S : Wahai suami di luar sana, bantu isteri anda berpantang dengan selamat serta menggunakan set berpantang yang semulajadi. Beri peluang kepada wanita anda dan bayi anda melalui masa berpantang dengan lebih sihat.
Leave a Reply