[TANDA-TANDA PENYAKIT SLE]
Assalamualaikumdan salam satu dunia.
Hari ini saya mahu kongsikan tentang tanda-tanda penyakit SLE.
Menurut Doktor Zubaidi, tanda-tanda penyakit SLE adalah seperti berikut :
Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.
Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.
Ciri-ciri penyakit ialah:
1. Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
2. Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
3. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
4. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
5. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
6. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
7. Sawan, strok dan gangguan mental
8. Risiko untuk mendapat darah beku
9. Kerap keguguran bayi
10. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
11. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SUMBER :
https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/?fref=nf
Semoga tanda-tanda penyakit SLE membantu anda memahami penyakit ini.
Sebagai perunding kesihatan, Vivix merupakan penawar terbaik untuk penyakit SLE. Usahakan untuk minum Vivix, selebihnya berdoa kepada Allah swt. Anda kena cuba sendiri kerana badan manusia semua berbeza dan antibodi juga tidak sama.
Leave a Reply