[JIMATKAN RUANG SEJUK BEKU PETI SEJUK]
Assalamualaikum dan salam satu dunia.
Hari ini saya mahu kongsikan cara jimatkan ruang sejuk beku peti sejuk untuk mudahkan semua ibu menyimpan susu perahan. Semoga membantu semua ibu di luar sana.
Syukur, saya baru lepas pam stok susu pagi ini. Selepas anak saya menyusu, saya buat perahan lagi. Dapat juga satu botol 4 oz iaitu 120ml.
Untuk jimatkan ruang sejuk beku peti sejuk, saya gunakan bag plastik ini untuk menyimpan susu badan. Ia selamat, free BPA dan boleh letak susu sehingga 60z iaitu 140ml.
Biasanya, bayi berumur 2 hingga 3 bulan cuma perlukan 3 oz susu setiap 2 jam sahaja. Tapi saya selalu perah lebih sehingga 4 oz supaya jika bayi terlalu lapar dia boleh habiskan.
Menariknya plastik ini kita boleh tuliskan nama bayi, tarikh susu diperah dan masa kita buat perahan. Maklumat ini penting, supaya susu perahan tidak melebihi 6 bulan.
Susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk beku biasa boleh tahan sehingga 3 bulan. Untuk peti sejuk yang khas hanya sejuk beku ia boleh tahan 6 bulan.
Plastik susu ibu ini boleh dibeli di kedai yang ada menjual barang keperluan bayi. Satu kotak ada 30 plastik. Banyak juga tu.. Jom kumpul stok susu ibu..
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*
kalau letak macam tu, memang akan jimat ruang la tu.. wajib ada ni untuk ibu bapa
apdm recently posted…Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM
betul tu.. boleh simpan stok susu dengan banyak..