[PANANGAN SUSU IBU]
Assalamualaikum dan salam satu dunia.
Hari ini pengasuh kata Alya tidur lena sangat selepas menyusu. Syukur, Alya akhirnya mahu hisap susu ibu dalam botol. Sebab itulah saya suka kongsikan kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu. Panangan susu ibu serta khasiatnya tidak boleh ditiru oleh susu fomular yang lain.
Sebelum ini jenu juga mahu ajar Alya hisap puting tiruan. Tetapi bila lapar sangat Alya hisap juga kerana rasa susu ibunya. Panangan susu ibu buatkan Alya sentiasa sihat dan ceria.
Masuk umur tiga bulan, dua minggu Alya kini semakin pandai meniarap sendiri. Semalam dia tidak tahu mengalihkan tangan sebelah kanan.
Hari ini sekali pusing kemudian mampu angkat kepala dan macam mahu berenang. Perkembangan Alya sangat cepat dan pengasuh kata Alya ni budak baik dan budak bijak. Panangan susu ibu kan?? Stok susu ibu saya bekalkan di rumah pengasuh untuk lima hari bekerja. Walaupun berpuasa ia bukan alasan untuk tidak membuat perahan susu ibu.
Saya suka sangat minum ESP Shaklee kerana ia membantu Alya kenyang dengan lebih lama. Tidur pun lena selama 3 hingga 4 jam. Bila bangun tidur langsung tidak menangis.
Vitamin set menyusu Shaklee sangat membantu saya mengumpul stok susu ibu. Banyak dan meriah susu ibu setiap hari.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*
Susu ibu jugak yang terbaik! Tak akan ada susu lain yang boleh lawan 😀
sabree hussin recently posted…Usahawan Makan Gaji