[TIPS PENTING PAM SUSU DI TEMPAT KERJA]
Hari ini Kak Yati mahu kongsikan tips penting pam susu di tempat kerja.
Assalammualaikum ibu-ibu menyusu yang sedang bekerja sebagai kerani atau guru, terlalu ramai ibu-ibu menyusu mengadu dengan Kak Yati, tidak sempat pam masa di tempat kerja. Jadual waktu mengajar sangat padat,takkan mahu pam dalam pejabat atau kelas.. Waktu rehat dalam 20 minit , kalau ada waktu terluang pun untuk siapkan kerja-kerja lain.. Jadi, tidak sempat mahu pam dan tidak tahu mahu pam waktu bila.. Itu yang menjadi masalah utama ibu-ibu menyusu untuk pam secara konsisten..
Mulai harini jangan risau lagi wahai IBU-IBU MENYUSU..
Ni Kak Yati mahu kongsikan dengan Ibu-ibu menyusu macam mana nak “CURI MASA” untuk pam di tempat kerja. Antar tips penting pam susu di tempat kerja ialahh :
?PAM SEMASA MEMANDU
Kalau suami yang memandu lagi bagus
Jadi, Ibu-ibu boleh fokus mengepam. Gunakan double electric breast pump yang boleh di cucuk pada cigarette lighter dan jangan lupa memakai hands free double pumping bra supaya lebih mudah melakukan kerja lain.
?PAM SEBAIK SAHAJA SAMPAI DI TEMPAT KERJA
Ok, kalau bagi ibu-ibu yang tiada peralatan pam macam yang Kak Yati cadangkan tu, boleh pam sebaik sahaja sampai di Sekolah. Ibu-ibu boleh cuba pump susu dekat bilik rehat. atau pun dekat surau.
?PAM DI MEJA SENDIRI
Masa adalah emas. Dalam tempoh 8 jam bekerja itu kita kena lah produktif. Pandai-pandai lah pam sambil buat kerja 🙂 Pilih pam yang lebih senyap supaya tak menganggu rakan sekerja yang lain.
?PAM DI WAKTU REHAT
Haa, yang ni ibu-ibu memang kena buat. Sebab ini adalah waktu yang paling ideal untuk mengepam semasa bekerja. Kak Yati cadangkan, kalau masa rehat Ibu-ibu.. 20 minit, Ibu-ibu ambil masa 10 minit sahaja untuk makan, 10 minit untuk pam. Kadang-kadang mesti Ibu-ibu ada kerja yang penting bermula waktu tengahari sikit kan..jadi curi sedikit masa di situ untuk mengepam.
Bagi elakkan kesesakan menggunakan plug di dinding, eloklah Ibu-ibu beli portable pump yang boleh dicas semula samada menggunakan battery atau cucuk pada powerbank.
?PAM DENGAN CARA TANDEM NURSING DI RUMAH
Selalunya bila kita ada idepan mata anak, anak terus tolak botol. Mereka ni lebih suka direct breastfeed. So, untuk elak pembaziran, sambung pam di rumah dengan cara kiri bagi susu, kanan pam atau sebaliknya.
Tengok info yang akak Yati kongsikan ini.. senang sahaja kan ?? Jadi ibu-ibu kena la pandai cari masa nak ‘CURI-CURI’ pam sebenarnya ❤ Huhuh..
Mungkin ada Ibu-ibu yang cakap nampak leceh dan agak memenatkan tapi percayalah, betapa besarnya nikmat kasih sayang kita untuk anak dalam setiap titisan susu ibu. ❤
Bagaimana jika anda kurang susu ibu? Kak Yati syorkan anda makan vitamin set menyusu Shaklee. Lihat testimoni susu ibu saya sendiri bersama bayi Alya yang kini berumur 11 bulan.
Anda boleh membuat pembelian secara on line. Cuma klik gambar di atas.
Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE sebagai perniagaan anda?
✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
===========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 019-9768284
Email : vitaminsno1.gnor@gmail.com
P/S : Anda boleh dapatkan vitamin set menyusu mampu milik mengikut RM mampu milik anda. Hubungi Kak Yati untuk keterangan lanjut wahai ibu hebat.
Leave a Reply