[7 PUNCA BERLAKU BENGKAK SUSU IBU]
Assalamualaikum dan salam satu dunia. Saya doakan semua pembaca dalam keadaan sihat hendaknya.
Hari ini saya mahu kongsikan 7 punca berlaku bengkak susu ibu:
1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama. (Late on set on breastfeeding)
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.
2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.
3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap. (Inadequate feeding/pumping).
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.
4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).
Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.
Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).
5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast).
Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.
6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)
Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.
7. Pam susu. (Breast pump).
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.
Contoh: Medela Freestyle ada 3 saiz corong. Saiz M (24mm) default size, extra shield yang diberi bersaiz L (27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz yang lebih besar jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa sakit dan pedih pada bahagian nipple.
Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.
*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen
BAGAIMANA MAHU DAPATKAN SHAKLEE DENGAN HARGA MURAH? Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli15%-33% daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.
Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee? Mudah sahaja anda klik pada gambar
JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
Mahukan penjimatan 15% sehingga 33% ? Daftar ahli hari ini untuk penjimatan berganda.
Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE ?
✔ Halal
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔ Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
✔ Harga Mampu Milik
Leave a Reply