Kelahiran anak ke empat aku sangat berbeza dari anak sebelum ini. Bayangkan aku tiga kali ke bilik bersalin dan dua kali masuk wad. Bagusnya, suami rasa sakitnya bersalin semasa aku dalam proses meneran bayi.
Baru aku percaya setiap anak itu, rezeki dan pengalaman kita bersalin tidak sama. Allah swt, beri ilmu, pengalaman dan pelajaran yang berbeza.

Seawal jam 3.32pagi, air ketuban aku mula pecah di rumah. Aku kejutkan suami aku dengan cepat kemudian kami gerak ke bilik bersalin Hospital Bainun.
Bila selesai proses pemeriksaan, bukaan aku baru 3cm, aku masuk wad kelas pertama dengan cuma ada dua katil sahaja.
Sakit pinggang dan perut mula terasa semakin kerap mengeras jam 10.15 malam, saya sempat hubungi suami dan maklumkan padanya bila mahu masuk bilik bersalin. Tepat jam 11.03 aku ditolak masuk bilik bersalin kerana bukaan sudah 5cm.
Suami sampai 15 minit kemudian dan menanti aku dengan sabar. Jururawat bertugas memanggil nama suami aku untuk masuk ke bilik bersalin.
Aku lupa yang suamiku cepat panik bila lihat darah dengan banyak. Senang mahu katakan dia mabuk darah. Dia sempat hantar pesanan ringkas kepadaku minta maaf kerana tidak berani masuk bilik bersalin.


Bila suami rasa sakitnya bersalin aku terasa ajaibnya doa seorang isteri. Aku minta pada Allah swt, mudahkan urusanku untuk bersalin normal dengan cepat tanpa rasa sakit.
Suami cerita, pinggangnya habis rasa sakit yang teramat sakit dan perut juga memulas secara tiba-tiba. Baru suami aku rasa seksanya rasa bersalin yang sebenar.
Rupanya Allah swt, bagi suami rasa sakitnya bersalin. Semasa proses bayi mahu dilahirkan, aku tidak rasa sakit dan cuma 5 minit aku ambil masa untuk meneran. Rezeki aku juga mis V tidak koyak dan tidak perlu dijahit.
Alhamdulillah…aku selamat lahirkan bayi perempuan tepat jam 11.25 malam seberat 3.41 kg. Jururawat cepat sangat bersihkan aku dan beri minum segelas milo panas.
Rasa bertenaga semasa meneran dan selepas bersalin dipuji oleh dokter. Aku cuma amalkan makan vitamin set hamil Shaklee sepanjang hamil 9 bulan. Aku minum ESP sebelum ke bilik wad bersalin juga.

Jika mahukan penjimatan berganda, jom join jadi agen shaklee hari ini. Anda boleh nikmati potongan harga ahli dan boleh shopping vitamin secara on line menggunakan ID anda sendiri.
Sms/whatsapp kak Yati Adam
http://www.wasap.my/60199768284
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia, Pengedar Shaklee Sabah,Pengedar Shaklee Sarawak, Pengedar Shaklee Brunei, Pengedar Shaklee Ipoh, Pengedar Shaklee Bandar Baru Putra, Pengedar Shaklee Bercham, Pengedar Shaklee Taman Perpaduan, Pengedar Shaklee Tanjung Rambutan, Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Pengedar Shaklee Tambun, Pengedar Shaklee Taman Cempaka,
Wah..amazing..suami boleh rasa sakit tu..tahniah mama gnur.set hamil Shaklee memang terbaik.
Tahniah ya…
Subhanallah tahniah puan yati..Allah Maha Besar
Kitab kuning bernilai lagi,
Jangan disimpan di dalam almari.
Kurnia amanah dari Ilahi,
Penaut kasih suami isteri.
Wan recently posted…Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan permohonan PTPTN?
Terima kasih