[KOLEKSI DOA HARIAN]
Assalamualaikum dan salam satu dunia.
Aku agak penat hari ini, namun begitu aku masi sempat berdoa kepada Allah swt agar memberi aku kekuatan untuk menulis walaupun satu entri untuk semua pembaca. Semoga semua pembaca dalam lindungan dan rahmat Allah swt, aku doakan kalian sentiasa sihat dan bahagiah.
Aku agak tertarik dengan koleksi doa harian ini. Benarlah janji Allah swt, mintalah hanya kepadanya. Pernakah anda berbicara dengan Allah swt semasa anda sedang memandu? atau semasa anda ditimpa masalah?
Aku cuma berkongsi melalui pengalaman aku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan. Pengalaman pertama aku apabila kerita aku kehabisan minyak di tengah jalan raya yang besar. Mulanya aku agak cemas dan tidak tahu berbuat apa.
Walaupun doa aku tidak terdapat dalam koleksi doa harian ini namun aku gemar berbicara dengan Allah swt dengan bahasa aku sendiri.
Tambahan pula aku cuma memandu seorang dan suami aku berkerja di luar kawasan. Ketika itu musim cuti dan semua kawan-kawan aku berada di luar kawasan juga. Aku cuma memohan kepada Allah swt dan meminta pertolongan kepadanya.
“Ya Allah, ya tuhanku yang maha kaya, tolong aku ya Allah, hantarkan kepada aku seorang yang baik hati dan mampu membantu aku membeli minyak kereta aku, aku insan yang lemah Ya Allah, hanya engkau tempat ku meminta pertolongan”. amin..amin..amin.
Alhamdulillah selepas aku membaca doa ini berulang-ulang kali, seorang lelaki India yang memandu lori berhenti dan datang menolak kereta kau ke tepi jalan. Kemudia di juga membantu aku membeli minyak kereta.
Pengalaman kedua juga berkaitan dengan kereta aku. Ketika itu suami aku juga bekerja di luar kawasan. Kereta aku mati berdekatan dengan rumah aku dania tidak boleh dihidupkan. Ketika itu aku membawa bersama dua orang puteri comel aku.
Aku cuma berdoa meminta kepada Allah agar, seorang sahabat suami aku datang ke tempat kami dan dapat membantu aku. Alhamdulillah, sahabat sekerja suami aku datang dan menghulurkan bantuan kepada aku.
Aku tidak sempat mengubungi sesiapa cuma berrdoa kepada Allah swt, benarlah janji Allah swt, berdoalah walau dalam apa juga keadaan sekali pun. Walaupun doa aku ini tiada dalam koleksi doa harian, namun aku amat yakin apa sahaja doa yang kita amalkan, sandarkan sepenuhnya keyakinan kepada Allah swt.
Berikut aku kongsikan beberapa koleksi doa harian kepada semua, semoga ianya menjadi amalan aku yang dikira oleh Allah swt di kampung akhirat kelak.
Semoga koleksi doa harian ini memberi manfaat kepada semua. Sebaiknya kita mengamalkan doa ini, namun begitu, Allah swt juga menerima doa kita dalam bahasa apa pun. Tugas kita hanya meminta, lambat atau cepat doa kita dimakbulkan itu kerja Allah swt.
Sebelum terlupa, aku juga boleh membantu meningkatkan kesihatan anda dengan vitamin Shaklee. Menjaga kesihatan itu juga satu tuntutan agama, kita berusaha dan Allah juga sebaik-baik penyembuh segala penyakit.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*
Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm….Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Noor hayati Adam
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 948395]
♡♡ Contact No : 019 9768284
♡♡ Email : vitaminsno1.gnor@gmail.com
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
PENGEDAR SHAKLEE ULU KINTA PERAK, TANJUNG RAMBUTAN, TAMAN PERPADUAN, TAMAN CEMPAKA, TAMBUN, BERCHAM, TANJUNG RAMBUTAN, BANDAR BARU PUTRA, IPOH DAN SELURUH PERAK.
P/S : Selamat mengamalkan semua koleksi doa harian tau. Jika mahu nasihat kesihatan percuma sms/whatsapp kak Yatiadam.