ResV adalah produk terbaharu Shaklee yang akan mula dijual pada Mac 2020 nanti. Apa itu ResV Shaklee ?
ResV Produk Terbaharu Shaklee
Sebenarnya ResV ni memang sama macam Vivix tetapi tidak serupa. Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan apa itu ResV Shaklee, Ramuan yang terdapat dalam ResV Shaklee, Keistimewaan, manfaat dan kelebihan yang boleh anda peroleh daripada ResV Shaklee ini.

Apa itu ResV Shaklee?
ResV adalah penemuan revolusi terbaharu daripada Shaklee. ResV Shaklee dihasilkan secara saintifik yang direka untuk mengekalkan keremajaan dan untuk hidup yang lebih bersemangat . Melalui pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis terkemuka dan penyelidikan canggih secara global, Shaklee telah berjaya menghasilkan ResV.
Dalam ResV Ada Polifenol?
ResV juga seperti Vivix. ResV mengandungi campuran proprietari, ekstrak polifenol botani semulajadi yang dipilih secara teliti untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan optimum. Di Shaklee semestinya:
✿ Semula Jadi
✿ Tanpa Warna Tiruan
✿ Tanpa pemanis Tiruan
✿ Tanpa Pewarna Tiruan
✿ Tanpa Pengawet
✿ Tanpa Gluten Tambahan
Pendek kata “dari alam semula jadi kepada manusia”

Apa itu Polifenol
Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam anggur tertentu, buah beri, herba dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya. Polifenol melindungi tumbuh-tumbuhan daripada makhluk perosak, serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya dan tidak menentu. Polifenol juga memberikan warna yang cantik dan terang kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Sebab itu, tumbuhan yang kaya dengan polifenol mampu hidup dalam cuaca yang melampau dan mampu berdaya saing.
Polifenol adalah nutrien semulajadi untuk mengekalkan keremajaan dan menjadikan hidup penuh bersemangat.
Apa itu Resveratrol
Resveratrol adalah salah satu Polifenol yang paling berkuasa. Resveratrol telah mendapat reputasi sebagai ramuan penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik
Ramuan ResV Shaklee
ResV Shaklee mengandungi campuran propietari Polifenol tumbuhan seperti Anggur Muscadine, Japanese Knotweed dan Lobak Ungu. Melalui penemuan formula revolusi baharu, ramuan ResV ditambah dengan lima bahan lagi, menjadikan lapan bahan utama terdapat dalam ResV Shaklee. Campuran 8 bahan ini merupakan campuran proprietary spectrum polifenol yang luas.

Ramuan ResV Shaklee: Anggur Muscadine (Vitis Rotundifolia)🔔
ResV Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Anggur Muscadine
Anggur Muscadine adalah buah anggur yang luar biasa. Ciri-ciri unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai sifat antioksidan yang sangat berkuasa iaitu 6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru dan jumlah asid Elagik dan Elagithanin, iaitu sejenis polifenol yang sangat tinggi. Kedua-dua polifenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan
Ramuan ResV Shaklee: Japanese Knotweed

ResV Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Japanese Knotweed
Japanese Knotweed atau dikenali sebagai Polygium Cuspidatum adalah perenial yang besar berasal dari Asia. Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Japanese Knotweed ini kaya dengan Resveratrol. Resveratrol adalah salah satu polifenol yang paling banyak dikaji dan telah mendapat reputasi untuk kesihatan yang lebih baik.
Ramuan ResV Shaklee: Lobak Ungu

ResV Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Lobak Ungu
Lobak ungu salah satu sumber semulajadi yang kaya antioksidan. Walaupun semua jenis lobak adalah sihat dan bernutrisi, lobak ungu mengandungi antioksidan berkuasa iaitu Antosianin dan Lutein yang mempunyai manfaat kesihatan luar biasa
Ramuan ResV Shaklee: Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka)🔔

ResV Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Chebulic Myrobalan
Chebulic Myrobalan adalah herba teraputik Ayurveda. Chebulic Myrobalan mengandungi polifenol penting seperti Asid Galik dan Asid Elagik.
Ramuan ResV Shaklee: Anggur Hitam (Blackcurrant)🔔

ResV Produk Terbaharu Shaklee🔔
Ramuan ResV Shaklee: Anggur Hitam
Anggur hitam sangat kaya dengan vitamin, sehingga dikenali sebagai “superstar vitamin”. Sumber vitamin C yang sangat baik hampir empat kali ganda lebih banyak daripada buah oren. Anggur hitam juga mengandungi Polifenol Antosianin dan Sianidin.
Ramuan ResV Shaklee: Buah delima (Pomegranate)🔔

ResV Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Buah delima
Buah delima adalah salah satu buah yang paling sihat di dunia. Buah delima penuh dengan nutrien penting dan secara amnya dikaitkan dengan kandungan polifenol yang tinggi seperti Elagitanin, Asid Elagik, dan Flavonoid lain (Quercetin, kaempferol dan luteolin glycosides).
Ramuan ResV Shaklee: Hampas Anggur dan Anggur Merah🔔

ResV Produk Terbaharu Shaklee
Ramuan ResV Shaklee: Hampas Anggur dan Anggur Merah
Buah anggur merah kaya dengan antioksidan dan serat. Kulit dan biji anggur yang boleh dimakan, kaya dengan antioksidan, terutamanya Resveratrol. Ia juga mengandungi polifenol seperti Proantosianidin.
Baca juga: Ramuan ResV dengan lebih detail
Kapsul ResV
ResV Produk Terbaharu Shaklee
Untuk pengetahuan anda, Kaspsul ResV agak pejal berbanding supplement kapsul Shaklee yang lain. Fungsinya supanya kandungan ResV tidak teroksidan dan mengekalkan kandungan Polifenol.

Kapsul ResV mengandungi 2 selaput iaitu
✿ Selaput bahagian luar kapsul diselaputi dengan bovine
✿ Selaput bahagian dalam kapsul pula diselaputi dengan hampas kulit anggur / biji anggur.



Mengikut piawaian KKM, ResV didaftarkan sebagai traditional medicine walaupun ResV ini bukan ubat. Sebab itu, dibahagian kotak ResV terpapar semua ramuan yang terkandung dalam ResV.
Dos Harian ResV Shaklee
Dos harian bagi ResV Shaklee adalah 2 biji sehari selepas makan.

Bagi menikmati kehidupan yang penuh bertenaga dan kecergasan yang optimum, serta menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat, anda digalakan untuk mengambil ResV dan Vivix juga.
Perhatian: Produk ini tidak bertujuan untuk dianogsis, merawat, mengubati, dan mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk *FREE CONSULTATION*
🌿 SIHAT ITU NIKMAT 🌿
Jom Makan #VitaminShaklee
Picit link bawah ni cecepat
http://www.wasap.my/60199768284
untuk terus dapat #IlmuNutrisiKesihatan
➡Like Page https://m.facebook.com/Pakarkesihatanwanita/
➡Mahu jadi mamber Shaklee?

➡boleh pakai link ni sekarang…
http://www.shaklee.com.my/en/business-opportunity/get-started/yatiadam/?joinnow=948395
➡Follow IG https://www.instagram.com/vitaminsno1
