[SURAT UNTUK SUAMIKU]
Rasanya agak lama juga aku tidak menulis surat untuk si dia pasangan yang halal bagiku.
Apa sahaja yang aku buat baik kepada dia dan anak kami menjadi pahala.
Mereka adalah ladang pahalaku setiap hari. Maka hari ini saya cuba tulis surat untuk suamiku sempena ulang tahun perkahwinan kami.
Assalamualaikum wahai suamiku, jom kita letakkan cinta hanya kepadanya dan cuba berkasih sayang dibawah rahmatnya.
Sempena ulang tahun perkahwinan kita yang ke 9, sayang cuma mahu ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi ketua keluarga dan ayah kepada anak-anak kita. Walau masa kita terbatas dengan urusan bekerja di lauar, kami tetap sabar dan memahami kerjamu mencari rezeki.
Walaupun kita sangat berbeza tetapi sayang sangat bersyukur dapat suami yang ringan tulag, rajin membantu kerja rumah, menguruskan anak-anak dan tidak tahu menolak apa sahaja permintaan sayang. Maafkan sayang kerana kita belum ada zuriat lelaki lagi, kita usaha dan berdoa lagi tau..
Sayang sentiasa doakan darling dalam lindungannya, ketahuilah kita baru memulakan fasa kehidupan baru bersama. Doakan sayang agar terus menjadi surimu yang beriman dan berpegang kepada perintah Allah swt. Indahnya berkasih sayang selepas nikah, kita sentiasa mencipta kenangan hidup setiap hari.
untuk belahan jiwaku, namumu sentiasa mengalir dalam nafas dan denyutan jantugku..
sayang ketat-ketat dari istrimu yang comel :
Noor Hayati Adam
P/S : Jika mahukan nasihat kesihatan percuma atau bertanya tentang vitamin shaklee boleh hubungi kak yatiadam di 0199768284